Dengan tahun 2005 semakin mengecapi penghujungnya, aku mengimbas kembali setiap detik yang telah diharungi dan adakalanya, sisa-sisa yang telah dibazirkan. Sememangnya masa berlalu tanpa ku sedari.
Dalam sekelip mata sahaja, aku telahpun bertambah lagi setahun dalam usia...dan siapa yang boleh sangka, tahun ini membawa aku pulang ke 'kampung halaman' yang telah kutinggalkan hampir 6 tahun?
memang pelbagai jenis manusia yang telah kutemui tahun ini, mereka yang bergelar glamour, mereka yang bergelar rakan sekerja, mereka yang bergelar kawan, mereka yang membuat aku menangis, ketawa dan merenung sejenak kehidupan. Setiap insan telah mewarnakan perjalanan 2005 ku...samada detik manis atau pahit, aku berterima kasih atas setiap saat-saat yang mematangkan pemikiranku.
Kehilangan nenek ku tahun ini juga mengubah wajah kehidupan dan membuat aku benar-benar memahami hidup di dunia ini hanya sementara. Ibubapaku kian hari kian tua, aku sebagai anak sulung semakin mengenali erti tanggungjawab. Adakalanya ia berat diatas bahuku, namun aku tahu perjalananku masih jauh
Hanya satu sahaja perkara yang perlu kuingati setiap tahun, dimana jua ku berada, kemana jua perjalananku...Yesus akan bersamaku buat selama-lamanya. Dialah, aku mengelar "Bapa" dan aku tahu, aku dikasihi
Tahun yang akan datang, aku tiada apa-apa untuk diminta...cuma kasih Yesus bersamaku buat selama-lamanya. Memapahku sekiranya aku tidak dapat berjalan lagi...dengan harapan ku mengenalinya lebih daripada nyawaku
Tuhan adalah kekuatanku (Bagai Rajawali)
Tuhan adalah kekuatanku
BersamaNya ku tak akan goyah
Ku kan terbang tinggi bagai rajawali
Melakukan perbuatan yang besar
Korus :
Ku kan terbang tinggi bagai Rajawali
dan melayang tinggi dalam kemuliaanNya
Biar bumi bergoncang dan badai menerpa
Ku kan terbang tinggi bersamanya
7 comments:
Tak faham lah.
Tidak, ku, sedar akan kelancaran anda dalam karangan. Sudah lama aku tidak membaca atau menulis dengan bahasa kebangsaan.
Nampaknya, hidup anda jadi semakin macam Yesus. Gembira ku nampak perkembangan anda...
gosh.... i struggled to write this, man.
saya tak understand pantun tulah kerana ia terlalu mendalam macam laut
LOL! :)
Gosh...you people are so 'kelakar'
and anonymous my dear, that's not a pantun lah!
"mendalam macam laut" HAHAHAHHA! I thought I was bad.
leon,
anonymous is only 14 years old ;) my sis! She's pretty 'lame' at times
perjalananmu dengan Tuhan Yesus telah memberi inspirasi yang amat mendalam.
semoga anda sentiasa diberkati Tuahn!
Post a Comment